Khamis, 14 Februari 2013

HARAM SAMBUT VALENTINE's DAY


"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam"
Semoga anak-anak kita, anak-anak jiran kita dan seluruh remaja Islam kita menjauhi perbuatan yang ditegah oleh agama  kita. Ingatlah bahawa, generasi akan datang sama ada baik atau tidak bermula dengan hubungan ibu bapanya sebelum berkahwin lagi. Maka jauhilah perbuatan yang mendorong ke arah perzinaan kerana sesungguhnya zina itu adalah jalan yang keji lagi hina. Nauzubillah.

PENGAMBILAN DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA

Pengambilan pelajar baru terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana pelajar ketika ini mencecah 40 orang sedangkan asrama dan pondok tidak mencukupi.

Oleh yang demikian, kami sedang mencari dana untuk membina beberapa buah pondok lagi supaya pelajar-pelajar boleh menginap dalam keadaan selesa.

Sebarang infak boleh berhubung dengan admin di facebook.com/hasmora atau terus hubungi mudir Ustaz Saifudin di talian 0198102540

~ Admin

Ahad, 9 Oktober 2011

PERTANDINGAN KHUTBAH JUMAAT PERINGKAT PONDOK

Alhamdulillah, selepas solat Isyak pada10 Zulkaedah 1432H bersamaan 8 Oktober 2011, Pondok Kota Belud telah menganjurkan Pertandingan Khutbah Jumaat peringkat Pondok Fi Dzilalil Quran.


Seramai 4 orang peserta telah mengambil bahagian, 3 orang pelajar pondok dan seorang ahli Kelab Remaja Ukhwah (KRU). Berikut adalah suasana pertandingan serta video yang sempat dirakam.




Khalid Kawsin, peserta kedua


Ustaz Muhammad Ghazali, hakim



antara pelajar pondok


peserta keempat, jemputan - ahli Kelab Remaja Ukhwah Sdr Izzul


draf kertas kerja peringkat daerah

Selasa, 9 Ogos 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU




Kelayakan untuk kemasukan sebagai pelajar pondok


1) Lelaki berumur 10 tahun keatas dan berminat mempelajari pengajian agama Islam;
2) Warganegara Malaysia;
3) Tidak mempunyai masalah disiplin. Sedia patuh kepada semua peraturan pondok, mudir dan guru;
4) Tidak merokok atau terlibat dengan perkara yang seumpamanya;
5) Pendaftaran RM50 dan yuran makan bulanan RM100. Bagi yang tidak mampu, boleh berunding dengan pihak pondok;
6) Matapelajaran yang diajar ialah al-Quran, tauhid, fekah, nahu (tatabahasa Arab), balaghah (sastera arab), Soraf (ilmu kunci bahasa Arab), tasawwuf, tafsir, hadith, mantiq (ilmu logik) dan sejarah Islam;
7) Ko-kurikulum meliputi belajar barzanji, latihan imam, latihan syarahan, khutbah, pertanian/ penternakan, perubatan Islam.


Misi Pondok


Melahirkan generasi muslim yang menghafal al-Quran dan berpegang pada ajarannya bagi membentuk ulama’ dan pemimpin masa depan yang mempunyai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.


Maklumat lanjut boleh berhubung di talian 019-8102540/019-869299. Emel : pondokkotabelud@gmail.com. Alamat : Peti Surat 210, Kg Tamau, 89158 Kota Belud Sabah.


KREDIT: ABU NUHA




Rabu, 16 Februari 2011

Siapa Rasulullah di hati kita?



Ceramah Maulidurrasul bertajuk 'Siapa Rasulullah di Hati Kita' disampaikan oleh Ustaz Hasbullah selama satu jam kurang lebih. Majlis perkongsian ilmu dihadiri oleh 20 orang kurang lebih diadakan di Surau Pondok.

Penyampaian santai oleh ustaz dengan bahan bantu LCD. Hadirin diharap mampu menghayati keperluan mencintai dan menilai semula kedudukan Rasulullah dalam hati setiap diri, adakah nombor satu atau bertindan tindih dengan urusan dunia dan cinta kepada anak bini.

Sama-sama kita muhasabah, semoga hidup di dunia ini diredhai Allah dan kita semua tergolong dalam golongan yang benar dan dikasihinya.

Blog Ustaz Hasbullah boleh dicapai dengan klik sini.

Gambar-gambar selepas majlis;

 Kelapa + pandan = Kelapa pandan

 Ustaz Saifudin, pengerusi Pondok Kota Belud

Itik air @ Belibis goreng berempah